Saya adalah Malaysian yang kini bermastautin di United Kingdom. Sejak Januari 2008, saya mengambil keputusan untuk menyekolahkan anak-anak saya di rumah. Sabeera, lahir pada tahun 1996, Syameem, lahir pada tahun 1997, Sumrah, lahir pada tahun 2000 dan Seif, lahir pada tahun 2003.

Pengalaman yang ada akan di kongsi bersama di sini.




Selamat datang ke blog Malaysian Homeschool Mum in UK. Blog ini akan berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada dalam percubaan menghidupkan suasana madrasah di dalam rumah. Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada ibu dan bapa yang melihat bahawa anak adalah amanah Allah s.w.t. yang tidak boleh di pandang ringan. Semoga blog ini juga dapat memberi aspirasi dan membantu dalam mencapai tujuan yang satu iaitu mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Wednesday 3 June 2009

Bagaimana memulakan didikan di rumah atau 'homeschool'- Bahagian 1

NIAT ATAU TUJUAN.


Didikkan di rumah sebenarnya bermula di hari pertama kita di ijabkabulkan. Kecuali sekiranya pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau tidak memperolehi anak di sebabkan situasi yang tidak dapat di elakkan.

Bagaimana didikan dapat bermula sedari hari pertaman berkahwin?

Sudah tentu perancangan merupakan asas kepada didikan yang akan kita berikan kepada anak kita. Mengimbas kembali kehidupan kanak-kanak kita sendiri adalah antara perancangan awal yang perlu di ambil kira. Sekiranya kita memandang ke belakang, kemungkinan kita akan berkata bahawa zaman telah berubah. Tetapi, dari mana datangnya kejayaan kita hari ini? Setiap insan memiliki kejayaan yang tersendiri. Jika di fikirkan, tentulah kejayaan kita hari ini bermula dari didkan ibu dan bapa kita yang kita katakan kolot atau ketinggalan zaman. Tetapi benarkah ibu atau bapa kita yang kita katakan kolot atau ketinggalan zaman itu adalah tidak berjaya atau tidak sesuai di guna pakai kerana zaman berubah? Di sinilah kita harus menepuk dada dan bertanya diri kita sendiri.

Jika dilihat dari sudut pencapaian dan kecerdikan di zaman sekarang, kemungkinan kita berkata bahawa kita telah maju kehadapan dari zaman sebelumnya. Seseorang yang berumur di lingkungan 50an dan 60an yang berjaya, pastinya adalah hasik didikan ibubapa yang jika masih hidup kini berumur antara 80an and kemungkinan 90an. Jika kita lihat dari segi moral dan masaalah social, kehidupan mereka yang berumur 50an dan 60an, lebih tertib dari segi adab dan tata susila dari kehidupan mereka-mereka yang berumur 20an di masa kini. Di mana mereka yang berumur 20an di masa kini adalah hasil anak-anak mereka yang berumur 40an, 50an dan 60an. Emmm....

Seolah-olah, semakin pandainya ibubapa, semakin terbuka minda ibubapa dengan pelbagai teori yang berjaya melihirkan anak-anak yang bijaksana, memiliki ijazah dan sebagainya, tetapi di masa yang sama telah juga meninggikan masaalah social seperti dadah, pergaulan bebas dan juga masaalah terkini di malaysia yang semakin meruncing iaitu kehamilan anak luar nikah bagi anak remaja kita.

Ini membuatkan saya tertanya-tanya, adakah semakin banyak ilmu kita terutama dari segi teori kebaratan telah membuatkan kita berjaya melahirkan anak idaman atau anak yang bijak dan pandai tetapi telah rosak akidahnya?

Sekolah semakin maju dari pelbagai segi. Teori pendidikan semakin meluas di pelajari. Kesedaran ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak sangat mengkagumkan. hampir kesemua ibubapa yang berkemampuan atau tidak berusaha untuk mendapatkan setiap buku, tuition atau apa sahaja yang membantu pelajaran anak- anak. Tetapi, masaalah social semakin meruncing. Maka persoalannya, pandaikah kita sebagai ibubapa yang kononnya moden dan berilmu?

Sekiranya kita merenung kembali, kita telah mendengar banyak kisah-kisah ibu mithali yang berjaya mendidikan anak-anak seramai 8/9 atau 10 orang yang berjaya kehidupannya. Dan ibubapa ini kebiasaannya datang dari pendidkan yang rendah di zaman 30an dan 40an. Ada yang buta huruf, ada yang tidak pandai berbahasa Inggeris, apatah lagi teori-teori moden masa kini.

Tetapi mereka ini jika di dilihat dan di selami kehidupannya, adalah sangat disiplin, tidak memberi ruang kepada anak-anak untuk 'naik kepala' atau memberi habuan yang banyak atas pencapaian yang kecil. Maka renungkan kehidupan kita dahulu. Adakah kita sanggup memberikan kehidupan susah payah kita terhadap anak-anak kita di masa kini?

Adakah kita mendidik dan merebut peluang yang ada untuk anak-anak kita kerana kita inginkan mereka berjaya di dalam kehidupan mereka di msa akan datang dan dapat 'survive' di dalam kehidupan yang makin mencabar, atau adakah kerana kita Ibubapa tidak mahu ketinggalan dan mengikut trend semasa.

Kesemua soalan ini harus kita tanya diri kita seawal perkahwinan kita, sebaiknya sebelum kita melahirkan anak. Apa yang kita inginkan daripada anak-anak kita? Kejayaan dari segi berpendidikan tinggi? Kejayaan dari segi harta benda yang banyak dan kehidupan yang mewah? atau kita inginkan anak yang sentiasa mendoakan ibubapa di setiap masa dan keadaan dan sentiasa mengigatkan Allah s.w.t. dan juga tahu bahawa dunia ini hanyalah sandiwara dan berusaha untuk mengumpul harta yang lebih berharga untuk di bawa di hari pengadilan kelak untuk kehidupan yang lebih hakiki di akhirat.

Sebelum memulakan 'homeschool', maka cubalah kita tanya akan diri kita sendiri apakah maksud sebenar di sebalik tujuan kita ingin mengikat anak-anak kita bersama kita 24jam sehari, 7 hari seminggu, melalui detik-detik yang getir, melawan nafsu dan menahan kesabaran dalam mendidik dan mengajar. Kerana sekiranya kita mengambil keputusan mengajar anak-anak di rumah secara formal dan tidak menghantar langsung ke sekolah, maka sekiranya keputusan kita adalah kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t., maka walaupun kita tidak berilmu, Allah s.w.t., Insya Allah akan mempermudahkan jalan kita.

Kerana mendidik dan mengajar anak di rumah di mana mereka berada bersama kita selama 24jam sehari, 7 hari seminggu, bak kata setiap detik dan ketika, mahu atau tidak, boleh mengigit urat saraf di suatu ketika. Walaubagaimana kita 'enjoy' dapat bersama anak-anak, tetapi anak-anak kecil tidak akan terus kecil. Di masa kecil mereka mendengar, apabila semakin membesar, mereka juga belajar untuk punya hati, perasaan dan pemikiran tersendiri. Di ketika inilah pentingnya untuk kita sentiasa memperbaiki niat dan tujuan kita. Kerana di ketika genting, tidak kiralah setinggi mana ilmu kita, sebanyak mana teori yang kita ada tentang pendidikan, tetapi berhadapan dengan suasana sebenar tidaklah semudah yang di baca atau yang di dengar dari conference atau seminar-seminar.

Read more...

Monday 20 April 2009

Kenapa 'homeschool'?

Saya sendiri berpengalaman 'homeschool' semasa di sekolah menengah ketika mengambil peperiksaan SRP dan SPM. SRP dan SPM di ambil sebagai calon persendirian tetapi pertama kali dan pembelajaran di buat melalui Maktab Adabi Gaya Pos.

Ketika melahirkan anak pertama, saya berazam untuk homeschool anak sendiri melihatkan akan ketidak puasan atas sistem pangajaran dan kurikulum akademik di Malaysia yang menekankan peperiksaan dan juga pengaruh rakan sebaya yang banyak unsur-unsur negatif. Namun bagitu, saya tidak langsung menekankan pembacaan di awal pembesaran. Walaupun di ketika itu sekitar tahun 1997, telah bermula teknik-teknik mengajar anak membaca di dalam Bahasa Malaysia seawal dua atau tiga tahun, saya pernah di beri buku untuk mengajar anak membaca ketika anak yang sulung, Sabeera berumur lebih kurang dua tahun, tetapi tidak begitu berminat kerana anak saya yang amat cergas kelihatan tidak mahu menumpukan perhatian pada buku tersebut.

Saya, yang sememangnya suka merangsang anak dari segi pertumbuhan kanak-kanak suka membiarkan anak-anak bermain dan merangsang otak secara semulajadi tanpa ada unsur-unsur membolehkan mereka cepat melalui sesuatu proses walaupun ada kajian yang menunjukkan bahawa otak anak kecil boleh membaca dan menulis di awal sekian umur. Sabeera, anak pertama saya boleh bermain sembunyi barang seawal umur lapan bulan, bercakap terus tanpa slang kanak-kanak sejak perkataan pertama dan mula bercakap petah di usia setahun. Di satu hari ,Sabeera telah membuat origami berbentuk kapal walaupun ketika itu beliau hanya berseorang bersama saya tanpa teman dan ketika itu berusia satu setengah tahun. Juga Sabeera biasa bermain pen dan kertas seawal sembilan bulan dan melukis seawal setahun.

Semua kebolehan ini di pupuk secara semualjadi dengan memberi kemudahan, mengalakkan dan 'membiarkan' anak-anak menggunakan daya imaginasi sendiri. Sedari awal bayi, saya men gajar anak-anak berdikari dengan memastikan mereka tidur di dalam cot sendiri seawal hari pertama lahir walaupun menyusu badan. Saya percaya bahawa sebagai ibu dan seorang islam, anak-anak perlu didik rasa hormat dan patuh sejak hari pertama lahir.

Ketika mencecah kaki di United Kingdom, belum mengenal undang-undang negara ini, mendapati bahawa anak-anak perlu di hantar ke sekolah. Kerana pengajaran sekolah di United Kingdom yang menggunakan sistem 'fun learning', saya gembira untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Terutama sekolah yang berdekatan kami, adalah di penuhi peratusan tinggi oleh orang-orang Islam. Sabeera, anak sulong saya berjaya menghabiskan persekolahan di peringkat rendah di sekolah. Kemudian, atas sebab pekerjaan suami, kami berpindah ke Timur Laut England di mana majoriti penduduk di tempat tinggal kami adalah bukan Islam.

Setelah memikirkan akan pro dan kontra, saya mengambil keputusan untuk menyekolahkan anak-anak di rumah sahaja, walaupun keputusan yang di ambil bukanlah sesenang yang di buat. Saya mengambil masa agak alam untuk mengambil keputusan yang saya kira besar di dalam perjalanan hidup kami. Setelah di kira satu faktor yang utama iaitu agama, maka keputusan harus di buat dan mahu atau tidak, saya sebagai ibu harus bertanggungjawab ke atas anak-anak yang di amanahkan oleh Allah s.w.t.

Setelah cuba menjaga, mengajar dan mendidik anak-anak dengan didikan agama walaupun mereka ke sekolah sebelumnya, pergaulan bebas di sekolah yang majoritinya bukan islam sedikit sebanyak akan memberi kesan dan juga kemungkinan besar unsur-unsur buli akan timbul selain keperitan untuk mempertahan syariah dan adab-adab agama Islam. Contohnya, anak-anak perempuan saya di ajar bertudung seawal umur empat bulan dan menjaga hijab mereka walaupun belum mececah umur baligh. Puasa penuh di mulakan sejak umur tujuh tahun dan ini pasti akan menimbulkan isu di sekolah atas alasan budak terlalu kecil. Jugak dengan isu-isu menjaga sembahyang zohor kerana sekolah berakhir lebih kurang pukul 3petang dan di musim sejuk, waktu asar seawal 2 petang. Kerana anak-anak perlu di ajar sembahyang seawal tujuh dan perlu menjaga sembahyang apabila berumur sepuluh, saya berasa tidak akan berpuas hati dengan persekolahan. Yang mana keputusan di ambil untuk mengajar sendiri anak-anak di rumah.

Walaupun datang dari latar belakang 'homeschool', tetapi masih lagi ada dalam fikiran bahawa bagaimana untuk mengajar anak-anak agar mereka tidak menyalahkan saya di kemudian hari. Sudah tentu anak-anak mempunyai cita-cita sendiri walaupun cita-cita meraka akan di lingkungi dalam ruang agama dan syariah. Suami tidak begitu memahami pada mulanya bagaimana budak-budak dapat di ajar di rumah. Bagaimana dapat ibu seorang mengajar keseluruhan subjek kepada empat orang anak yang mempunyai perbezaan umur?

Suatu alasan menarik saya dapati yang menguatkan azam dan nekad saya untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah ialah, ramainya bukan islam di United Kingdon tidak menghantar anak-anak ke sekolah dengan alasan bahawa sekolah telah memberi unsur-unsur negatif kepada anak-anak mereka sedangkan mereka di ajar unsur positif di rumah. Sedangkan sebagai seorang Islam, kita lebih harus memikirkan akan pengaruh-pengaruh negatif terutamanya pengaruh barat yang di serapkan secara tidak nampak. Ini di masa hadapan akan memberi masaalah yang berat sepertimana di lihat akan keruntuhan akhlak kanak-kanak dan anak-anak muda serta sosial di sini kerana terlalu banyak kebebasan yang di beri.

Jadi, bersekolah di rumah terutamannya adalah untuk menjaga akan unsur-unsur serapan negatif terutama dari segi akhlak dan kebebasan. Sekiranya anak-anak bijak dengan di hantar ke sekolah tetapi hilang dan tenggelam dalam kejatuhan moral dan agama, maka maksud kita hidup di dunia ini sudah tidak ada gunanya lagi. Kerana tujuan kita berada di muka bumi ini adalah kerana satu, iaitu untuk beribadat kepada Allah s.w.t dan mencapai kejayaan yang abadi dan hakiki di akhirat.

Kerana itu sekiranya kita bersekolah di rumah atau 'homeschool' tetapi masih lagi atau terus mengekalkan unsur-unsur kebaratan yang sudah jatuh dan rosak, maka tidak ada bezanya kita samada menghantar anak kita ke sekolah atau tidak. Kerana sekiranya tidak di tekankan agama di atas segala pembelajaran, maka lebih baik di hantar sahaja ke sekolah dan ibubapa dapat bersenang lenang di rumah. Kerana matlamat adalah sama untuk anak belajar, menjadi bijak dan pandai serta lulus peperiksaan, atau berkebolehan dan membuktikan ibubapa dapat mendidik anak menjadi pandai, maka matlamat dan tujuan yang nyata dan hakiki telah terpesong.

Sebagai seorang Islam, kita dapat melihat akan keadaan dunia masa kini yang telah rosak, akhlak yang telah rosak dan makin jatuh di barat dan juga di tempat-tempat yang unsur-unsur kebaratan menjadi pilihan hidup. Maka tujuan utama kita sebagai ibubapa mengambil tanggungjawab secara serius untuk mendidik anak-anak di rumah bukanlah kerana kesedaran atas amanah Allah s.w.t. tetapi atas maksud lain yang matlamat akhirnya di takutkan akan sama dengan keputusan mereka-mereka yang di hantar ke sekolah.

Maka atas maksud itulah saya bukan sahaja ingin berkongsi pengalaman tetapi juga ingin mengajak kita sama-sama berfikir akan tanggungjawab kita yang sebenar terhadap anak-anak kita. Homeschool dari segi Islam, bukanlah mengajar membaca seawal dua tahun, atau menulis dan mengira seawal tiga tahun, tetapi mengucapkan LAILLA HA ILLALLAH sebaik sahaja anak mula berkata-kata dan menerapkan kehendak agama dan syariah sedari kecil. Pupukan agama yang hakiki di dalam keadaan dunia berada di akhir zaman sekiranya tidak di mulakan sedari kecil, takut akan menjadi susah dan payah di kemudian hari. Apabila telah terlewat, sudah tentu untuk mengundur kebelakang juga adalah susah. Lebih-lebih lagi takut sekiranya malaikat maut menjenguk kita sebelum sempat kita memperbaiki yang perlu.

Ingatlah, Baginda Rasullullah s.a.w. adalah seorang yang buta huruf. Tetapi beliau adalah manusia agung yang terbukti berjaya dari semua sudut samada politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pertahanan dan sebagainya. Dan ini semua terbukti dan di akui oleh pakar-pakar kajian barat sendiri sendiri.

Artikel-artikel seterusnya akan membincangkan tentang:

Bagaimana memulakan sekolah di rumah.
Disiplin anak-anak.
Tidak berkeyakinan untuk bersekolah di rumah.
Pilihan Ibubapa bekerja.
Masalah ekonomi apabila bersekolah di rumah.

Read more...

Didikan bermula di rumah

Homeschool. Dalam erti kata lain, di dalam Bahasa Malaysia boleh di terjemahkan sebagai sekolah di rumah atau didikan di rumah. Perlbagai pengertian di beri kepada 'homeschool' atau didikan di rumah. Kebiasaannya di ertikan sebagai mengajar anak-anak apa yang di ajar di sekolah. Contohnya mengajar membaca, menulis, mengira, pengetahuan am dan sebagainya. Tetapi, adakah sekiranya anda menghantar anak-anak anda ke sekolah, maka didikan di rumah 'berakhir' ataupun tidak pernah 'bermula'?

Di sini, akan di bincangkan tentang apa itu 'homeschool' dari tiga sudut. Pertamanya, homeschool kerana tidak menghantar anak ke sekolah apabila sampai umur wajib ke sekolah. Keduanya ialah mengajar anak-anak membaca, menulis, mengira si rumah sebelum sampai umur wajib anak-anak ke sekolah. Ketiga ialah mengajar secara semulajadi didikan yang perlu untuk pertumbuhan anak-anak.

Homeschool kerana tidak menghantar anak-anak ke sekolah apabila telah sampai umur wajib ke sekolah.

Homschool kerana tidak menghantar anak-anak ke sekolah lebih popular di negara maju seperti United States, United Kingdom, Australia. Sebab utama ibubapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah adalah kerana pelbagai sebab antaranya di buli sesama rakan, anak tidak ceria bila ke sekolah dan takut pangaruh negatif. Di sini ibubapa akan memainkan peranan penting di dalam mengajar anak-anak samaada mengikut kurikulum di sekolah atau dari pelbagai kurikulum lain. Di sini juga, ibubapa mengambil pelbagai inisiatif samaada mengambil tutur persendirian, 'on line school' atau mengajar sendiri anak-anak dengan bantuan maklumat dari laman web, buku dan sebagainya.

Di sini ibubapa ( kebiasaannya ibu) mengambil peranan panting sebagai guru besar, guru semua subjek dan guru disiplin. Juga sebagai bendahari sekolah dalam mengawal akaun sekolah. Bak kata ibubapa bukan lagi sebagai ibu atau bapa sahaja.

Sebab utama ibubapa mendidik sendiri di rumah kebiasaannya adalah kerana unsur-unsur negatif di sekolah dan persekitaran. Keputusan untuk mendidik di rumah kebiasaannya bukanlah kerana ingin melahirkan anak-anak yang cerdas dan pintar, tetapi kerana nilai-nilai murni yang telah hilang di sekolah dan juga persekitaran.

Homeschool di mana pangajaran anak-anak bermula sejak kecil di mana di gunakan pelbagai teori untuk membolehkan kanak-kanak membaca seawal yang boleh. Begitu jugak mengira, menulis dan sebagainya.

Sudut kedua ini makin popular sekarang terutama di Malaysia atas kesedaran ibubapa akan kebijaksaan anak-anak boleh di pupuk sedari kecil. Kebiasaannya akan du gunakan dan du rujuk teori-teori seperti Glenn Dorman, Montessory, Charlotte Mason dan sebagainya. Teori ini kebiasaannya meliputi pengunaan maximum kanak-kanak dari segi otak dan kebolehan.

Homeschool di mana didikan semulajadi di beri sejak kecil untuk merangsang pertumbuhan kanak-kanak.

Homeschool dari sudut meransang pertumbuhan anak-anak dalam menangani kehidupan seharian dan akan datang. Homeschool dari sudut ini biasanya akan di akhiri dengan homeschool sudut pertama atau di hantar ke sekolah. Saya secara peribadi melihat sudut ketiga adalah elimen penting dalam mendidik terutama sekiranya ingin menjadi guru kepada anak-anak secara formal seperti sudut pertama.

Pada artikel seterusnya akan saya bincangkan pilihan saya untuk menyekolahkan anak-anak secara formal menurut sudut pertama dan bagaimana sudut terakhir penting dan di gunakan sejak sedari awal atau hari pertama bayi di lahirkan.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP