Saya adalah Malaysian yang kini bermastautin di United Kingdom. Sejak Januari 2008, saya mengambil keputusan untuk menyekolahkan anak-anak saya di rumah. Sabeera, lahir pada tahun 1996, Syameem, lahir pada tahun 1997, Sumrah, lahir pada tahun 2000 dan Seif, lahir pada tahun 2003.

Pengalaman yang ada akan di kongsi bersama di sini.




Selamat datang ke blog Malaysian Homeschool Mum in UK. Blog ini akan berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada dalam percubaan menghidupkan suasana madrasah di dalam rumah. Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada ibu dan bapa yang melihat bahawa anak adalah amanah Allah s.w.t. yang tidak boleh di pandang ringan. Semoga blog ini juga dapat memberi aspirasi dan membantu dalam mencapai tujuan yang satu iaitu mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Saturday 24 September 2011

Taat - Bahagian 1

Sifat taat adalah sangat penting sebagai seorang Islam. Tetapi, sifat taat juga perlu di beri timbang dengan sebaik mungkin. Kerana Taat kerana menurut perintah atau taat atas kesedaran. Kedua dua adalah aspek taat yang penting dalam mendidik anak anak. Maksudnya?

Taat yang pertama adalah taat kerana menurut perintah. Semua amalan yang Allah swt perintahkan adalah amalan yang perlu kerana ketaatan kita terhadap perintah Allah swt. Tetapi adalah di ingatkan, di zaman yang penuh fitnah dan mencabar ini, ketaatan satas maksud menurut perintah sahaja tidak mencukupi. Ianya perlu di sertai oleh ketaatan atas kesedaran. Contohnya: Anak kita mungkin sembahyang, berzikir, dan belajar apabila mereka kecil, ketika persoalan masih belum terlalu tinggi atas semak di kepala. Atau ketika mereka masih bersama kita, atau kerana mengingatkan atas kegarangan kita walau di mana sahaja mereka berada. Tetapi adalah di ingatkan, seperti yang saya katakan, di zaman yang penuh fitnah, mencabar dan pancaroba, pelbagai desakan dan pertanyaan dan idea idea luar di mana sekiranya bukan atas dasar kesedaran atas apa yang kita lakukan, amalkan, maka akan mudah goyah apabila di pusing pusing kiri dan di pusing pusing kanan.

Atas maksud inilah, maka ketaatan kerana menurut perintah perlu, tetaapi cuma di beberapa peringkat pertama. Kerana tanpa ketaatan di peringkat pertama, adalah susah untuk kita ajar ketaatan atas maksud kesedaran dan apabila mereka mencecah usia usia meningkat.

Melalui pengalaman saya dan apa yang saya inginkan untuk anak anak saya adalah, saya tidak ingin mereka membuat sesuatu atas maksud ibu dan bapa, maka perlu menurut perintah. Kerana bapa seorang ketua keluarga, maka perlu menurut perintah. perlu hormat, perlu dengar, suka atau tidak. Ketaatan ini bukanlah tujuan sebenar saya. Apa yang saya inginkan agar anak anak taat kepada saya atas maksud , itu adalah apa yang Allah swt telah letakkan. Saya tidak mahu sekali kali anak anak saya hanya menurut perintah atas dasar saya ibu atau pun bapanya sekali pun. Saya tidak mahu agar anak anak hanya menjadi ya atau tidak adalah kerana ibubapa berkata ya atau tidak. Sekiranya saya berkata ya, saya inginkan anak saya berkata todak sekiranya tidak yang terlintas di hati dan pemikiran mereka. Terutamanya anak anak di zaman ini telah di bukakan mata dan minda mereka lebih luas dari mata dan minda kita dahulu kala.

Atas maksud itulah TAAT ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian permulaan adalah TAAT kerana menurut perintah. Kerana? Dari segi penyelidikan kanak kanak, ubun kanak kanak akan cukup pembesarannya apabila mereka berumur dalam lingkungan tujuh tahun. Sebelum ubun ubun seseorang itu belum cukup matang, selagi itulah mereka tidak tahu untuk menilai kebaikan dan keburukan. Setiap anak anak kita di bawah umur tujuh tahun akan memilih bukan atas dasar kecerdikan, tetapi atas dasar 'ikut suka' mulut. Mungkin dalam erti kata lain, 'pakai tuju' sahaja. Memang ada juga kanak kanak yang 'cerdik', lantas mereka mengerti baik dan buruk, tetapi belum sepenuhnya mereka ini boleh di beri tanggungjawab untuk membuat keputusan. Sekiranya kanak kanak di bawah tujuh tahun di beri tanggungjawab untuk membuat keputusan walaupun atas benda benda yang remeh temeh, maka sifat TAAT adalah amat susah untuk di bentuk selepas itu.

Contohnya antara persoalan kecil seperti 'nak makan ini atau itu'? Soalan yang biasa di dengari di masa kini oleh ibubapa. Yang sebenarnya, merosakkan anak anak di masa hadapan. Perlu di ingat, anak anak adalah manusia biasa yang punya perasaan dan pemikiran mereka yang tersendiri. Juga punya hak hak mereka yang tersendiri. Akan sampai masa di mana walau bagaimana mereka mengikut kata kita sebagai ibubapa, mereka juga akan punya hati, perasaan dan pemikiran tersendiri dan hak hak mereka yang perlu kita tunaikan sebagai ibubapa. Mahu tidak mahu , apabila mereka ini mencecah umur dari sepuluh tahun ke atas, mereka akan mula mempunyai pemikiran tersendiri, perasaan tersendiri, di mana walau bagaimana keras kita sekalipun, mereka juga punya hak. Perlu di ingat akan hal ini! Jadi, kita perlulah memberi hak hak ini. Tetapi perlu di ingat, manusia ini sekiranya di beri hak yang terlalu banyak, atas kelemahan iman, terutamanya di zaman fitnah ini, sifat tamak di mana mana. Maka di beri betis nak paha kata orang tua tua. Jadi, hak hak ini perlu di beri secara berperingkat di mana akhirnya hak kita sebagai ibubapa masih lagi lebih banyak dari hak mereka sebagai anak anak.

Ingatlah, anak anak adalah anak anak. Kita adalah ibubapa. Kitalah yang mengajar dan membentuk mereka. Sekiranya mereka tidak dapat dikawal akan keinginannya , membangkan, ikut suka hati dan ikut kehendak hati, INI ADALAH KERANA MEREKA TELAH DI BERI HAK HAK YANG MELEBIHI HAK YANG PERLU MEREKA PUNYAI. Maka kesalahan adalah di tangan ibubapa. Cubalah kita bayangkan, anak berusia tiga tahun atau lima tahun telah tidak dapat di kawal. NAuzubillah. Apa yang anak anak berusia tiga tahun dan lima tahun tahu? Walaupun di usia tujuh tahun atau lapan tahun. Sekali di beri gula gula oelh orang asing, lari, dua kali di beri lari, kali ketiga, keempat atau kalau tak yang kesepuluh akan di ambil jugak!!!!!  Maka atas kitalah untuk memberi mereka ini panduan. Maka atas kita lah untuk memilih yang baik atau buruk, untuk mengajar boleh atau tidak.

Anak sekecil dua atau tiga tahun zaman sekarang memang amat pandai dan bijak, maka tas maksud itu mereka ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran ibubapa bahawa pilihan mereka adalah betul. Selagi ubun ubun mereka tidak matang sepenuhnya dari segi fizikal, maka dari segi mental, mereka tidak boleh membezakan baik dan buruk. Mereka mungkin pandai memberi alasan, menjawab, memberi contoh dan sebagainya kerana mereka meniru dengan keadaan di sekeliling mereka, tetapi mereka belum boleh menilai AKAN KEADAAN SEBENARNYA! Maka memang susah untuk di terima, tetapi anak anak berumur di bawah tujuh tahun yang tidak mendengar cakap ibubapa, ADALAH KESALAHAN IBUBAPA, BUKAN ANAK ANAK. Saya ulangi, KESALAHAN IBUBAPA. Kebiasaannya kesalahan ini timbul dari pelbagai permasaalahan dan hampir 99% berlaku kepada kanak kanak normal bukan kerana kesalahan kanak kanak itu sendiri. Maka kanak kanak adalah di sayangi oleh ibubapa yang sangat sayang dan mengiyakan kehendak anak, tetapi tanpa mereka sedari telah menaniayakan anak anak mereka. Adalah amat kasihan, kerana kanak kanak teruatama di bawah tujuh tahun sangat suka menurut perintah, mereka 'feel secure' apabila ibubapa berkeras. Kanak kanak memang suka untuk menguji 'authority' ibubapa, tetapi mereka langsung tidak suka apabila ibubapa menurut kehendak mereka. Tetapi ibubapa telah salah pilih kerana faktor faktor lain seperti penat bekerja dan tiada masa melayan karenah anak, jadi mengikut adalah jalan mudah. Kerana ini berlaku dari isu isu yang remeh temeh seperti makan dan pakai.

Cuba anda bayangkan, Subhana Allah, kanak kanak berumur enam bulan perlu di bawa berjalan baru nak tidur...???? Bukalah minda dan hati kita, kita adalah ibu dan bapa....kita di beri kuasa oleh Allah swt atas anak kita. Allah swt telah memberi kuasa untuk kita mewarnakan anak anak kita dengan apa sahaja warna. Tidak ada di dalam quran atau hadith yang mengatakan kita perlu warnakan ikut warna apa sahaja yang anak kita perlu dan mahu..Ingatlah , yang mencipta kita adalah Allah swt, maka sekiranya Allah swt berkata bahawa kuasa anak adalah di beri pada kita ibubapa, maka kitalah yang ada kuasanya, bukan anak. Maka kita yang ada kuasa ini, perlulah menunjukkan kekuasaan yang di beri. Kerana itulah manual yang di beri oleh pencipta kita yang Maha Mengetahui bagaiman untuk meng'operate' ciptaaan Nya. Maka ambillah kuasa itu, gunakan kuasa itu dan janganlah memberi alasan kerana Allah swt tidak pernah memberi kuasa anak melebihi kuasa ibubapa. Kuasa anak melebihi kuasa ibubapa terjadi kerana kita membenarkannya. Kerana kita memilih manual kita sendiri. Maka fikir fikirkan...

Read more...

Friday 21 January 2011

Bagaimana memulakan pendidikan di rumah atau 'homeschool' - Bahagian 2

Alhamdulillah, ada kesempatan lagi untuk kita bersua kembali dalam blog ini yang telah lama di tinggalkan usang. Semoga dari hari ini dan masa masa di hadapan saya di beri peluang untuk meneruskan penulisan di dalam blog ini, berkongsi pengalaman saya sendiri dengan harapan dapat menjadi pengajaran dan bantuan kepada ibu ibu yang lain di luar sana samada yang berkesempatan untuk homeschool atau menghantar anak anak ke sekolah.

Sebenarnya kesibukan sebagai seorang ibu yang 'run errand' samada di dalam atau di luar rumah menyebabkan saya terpaksa mengabaikan niat awal saya untuk berkongsi menulis di dalam blog ini secara terus menerus. Insya Allah, saya akan mencuba untuk terus menulis di dalam kesibukan harian mengajar, memasak, mengemas, membasuh, dan juga termasuklah kerja kerja luar, menjadi 'drebar', memastikan ada bekalan lengkap rumah seperti makanan dan lain lain yang perlu dan juga dalam masa yang sama membantu suami menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan kecik kecilan dari rumah. Sesungguhnya pentingnya akan seorang perempuan , kerana apabila bergelar isteri dan ibu, maka juga gelaran akan bertambah sebagai pencuci, tukang masak, drebar, setiausaha, bendahari, pengarah dan sebagainya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada tajuk di atas, saya ingin bermula perbincangan berkaitan dengan pendidikan anak anak dari segi persepsi saya sendiri, berdasarkan kajian bacaan, berkongsi pengalaman dari orang lain dan akhirnya pengalaman saya sendiri dalam mendidik anak anak saya 'in my try and error'.

Sebenarnya samada niat kita ingin mendidik sendiri anak anak kita di rumah sehingga mereka mencapai masa untuk di lepaskan atau atas beberapa masaalah yang tidak dapat di elakkan, kita terpaksa menghantar anak anak kita ke sekolah, ada beberapa perkara penting yang perlu untuk kita 'tahu', belajar dan mempraktikkan untuk memastikan didikan masa hadapan anak anak kita menjadi lebih mudah dan tidak 'kusut'. *Maaf sekiranya ada ayat ayat atau ungkapan yang saudara atau saudari tidak boleh menghayati atau 'nampak'. Tetapi sekiranya ibu ibu dan bapa bapa mempunyai anak, sila ambil perhatian dan ambil sedikit masa untuk merenung akan apa yang akan saya kongsi bersama dengan merenung kembali setiap langkah sedari hari pertama , ibu ibu dan bapa bapa bersama anak yang pertama.


Pertama haruslah kita ingat bahawa semua ibu bapa sayangkan anak. Tidak ada ibu dan bapa yang tidak sayangkan anak, kecuali atas beberapa perkara yang tertentu dan tidak dapat di elakkan, di mana kasih sayang telah terbantut. Begitu jugak cara menunjukkan kasih sayang. Ada orang yang sayang anak, di belai belai dan di pupuk pupuk. Sehingga sanggup di biarkan anak tidur di pangkuan berjam jam lamanya. Ada pulak, ibu bapa yang sayangkan anak, tetapi di biarkan sahaja anak tidur bersendirian. Ada yang di buaikan, ada yang tepuk tepuk dan ada yang di susui hingga anak tertidur. Ada yang di cium dan di peluk setiap 5 minit, ada yang di nyanyi nyanyikan sehingga tertidur dan pelbagai cara, ibubapa menunjukkan kasih dan sayang mereka kepada anaknya. Tetapi fahamkah anak kita akan kasih sayang yang di tunjukkan oleh kita, ibubapa?

Cuma kita renungkan kembali, seperti yang pernah saya utarakan di dalam artikel sebelumnya. Ibubapa di zaman dahula kala , di mana tiada ijazah, tidaklah mempunyai kerjaya yang tinggi dan jugak tidaklah dapat membeli barang barang 'branded' untuk anak anak. Mainan anak anak ketika itu mungkin hanyalah batang pisang sahaja. Atau pun tanah liat. Kini, anak anak di limpahi dengan 'hand held play station', Nintendo DS, Lap top, dan segala macam mainan 'branded'. Tetapi, semakin banyak jugak kes kes pembuangan anak di Malaysia. Bukak sahajalah you tube dan boleh kita 'search' sahaja keadaan anak anak muda di Malaysia yang hilang terus rasa malu mereka, di tayang tayangkan untuk tontonan semua, Astarfirullah Halazim, Nauzubillah Himinzalik!

Maka di sini , satu pertayaan yang mudah, berbaloikah kita membelanjakan duit hasil titik peluh kita menghantar anak anak kita ke tadika atau 'nursery' yang paling canggih, berbaloikah kita membeli alat alat pembelajaran dengan harapan anak kita sudah membaca se awal 3 tahun, mengira seawal 4 tahun, menghafal ayat ayat quran dengan baik di umur 5 tahun, tetapi apabila mencecah umur 13 tahun, lebih sukakan teman sebaya dari ibubapa sendiri, lebih suka di temani oleh 'notebook' dari perbualan dengan ibubapa atau adik beradik yang lain, dan di umur 15 tahun, keluar tanpa memohon izin, dan ketika mencecah 17 tahun seringkali tidak mengendahkan teguran. Mungkin memperolehi 8A dalam SPM, tetapi, inikah anak anak yang kita inginkan? Mempunyai mutu pelajaran yang tinggi, sehingga kita ibu bapa di ketepikan sewenang wenangnya?

Yang pertama dan utama tentulah adalah agama. Maka mengapa saya mengatakan menghafal al quran sejak berumur 5 tahun adalah salah? Tidak salah.. tetapi harus kita ingat, menghafal ayat quran, mengetahui bagaimana untuk sembahyang, berpuasa, bukanlah bermakna jaminan di masa hadapan anak anak kita. Mengapa? Kerana kita harus faham akan pelajaran dan pendidikan adalah dua aspek yang berbeza. Ilmu dan tarbiyah adalah dua perkara yang amat berbeza. Dan di artikel artikel yang berikutnya akan saya huraikan dan tunjukkan bagaimana yang di katakan bezanya perkara perkara tersebut.

Berbalik kepada yang pertama dan utama : agama. Cuma kita fikirkan, kenapa perlunya kita sembahyang, secara logiknya? Kerana sembahyang adalah perintah Allah s.w.t.? Ok, betul. Kalau tak sembahyang kita akan di hukum. Tetapi dapatkah kita terangkan secara logic dan nampak akan hukuman kalau tak sembahyang? Mungkin boleh kita tunjukkan kepada anak anak kita atau bercerita tentang azab kubur dan contoh contoh cerita yang kita dapati, tetapi sesungguhnya tidaklah dapat kita tunjukkan bukti sepertimana kalau kita tuang air di dalam gelas, maka air akan ada di dalam gelas, maka dapatlah kita minum dan hilangkan dahaga. Walaupun kita tidak dapat menerangkan 'rasa' dahaga.

Jesteru itu, kenapa kita bersembahyang, kerana ia adalah perintah Allah s.w.t. Maka atas ketaatan kita kepada Allah s.w.t., maka kita bersembahyang. Dan atas ketaatan kita bersembahyang dengan mengharapkan ihsan dari Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. akan memberkati rezeki kita, Subhana Allah. Dapat kita tengok macamana berkat rezki? Tak boleh nampak, tapi boleh kita rasa, Insya Allah.

Apa sebenarnya maksud saya di sini?

Maksud saya pentingnya sifat TAAT dan menurut perintah. Hari ini kerana sifat TAAT telah tidak ada, atau pun sifat TAAT ini telah di terbalikkan. Bukan anak anak telah TAAT ibubapa, tetapi ibubapa telah TAAT pada anak anak. Dan janganlah kita salahkan anak anak jika tidak taat kepada kita , sekiranya dari kecil, kita sendiri telah mengajar mereka bahawa kita TAAT kepada mereka.

Setakat itu dahulu artikel pada hari ini, maka kita telah belajar bahawa satu sifat yang paling penting dan telah hilang atau di terbalikkan talah sifat TAAT. Maka bagaimanakah cara untuk kita mengajar anak anak kita akan sifat TAAT? Haruslah bermula sedari hari pertama lahir. Bagaimana sekiranya anak kita telah berusia lebih sehari? 3 tahun? 7 tahun? 13 tahun? Akan kita bincangkan jugak secara terperinci masalah ini dan bagaimana untuk mengatasinya. Tetapi ketahuilah bahawa sekiranya tidak bermula sedari hari pertama, maka hari hari berikutnya ketika asap asap hitam telah melekit di periuk, maka terpaksalah kita 'tenyeh' dengan kuat. Kalau tak mau jugak, maka kenalah lagi kuat. Cuma satu sahaja yang perlu dan penting kita ingatkan, sabar dan janganlah berputus asa, sekiranya kita sayangkan anak kita. Mereka adalah permata hati yang akan di soal oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Sehingga bertemu lagi. Insya Allah.

Read more...

Kembali



Insya Allah, Malaysian Homeschool Mum in UK akan kembali semula. Nantikan kemunculan dengan lebih banyak info, artikel dan juga hadiah hadiah cenderahati menarik khas untuk ibu bapa yang peka terhadap pendidikan anak anak.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP