Saya adalah Malaysian yang kini bermastautin di United Kingdom. Sejak Januari 2008, saya mengambil keputusan untuk menyekolahkan anak-anak saya di rumah. Sabeera, lahir pada tahun 1996, Syameem, lahir pada tahun 1997, Sumrah, lahir pada tahun 2000 dan Seif, lahir pada tahun 2003.

Pengalaman yang ada akan di kongsi bersama di sini.




Selamat datang ke blog Malaysian Homeschool Mum in UK. Blog ini akan berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada dalam percubaan menghidupkan suasana madrasah di dalam rumah. Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada ibu dan bapa yang melihat bahawa anak adalah amanah Allah s.w.t. yang tidak boleh di pandang ringan. Semoga blog ini juga dapat memberi aspirasi dan membantu dalam mencapai tujuan yang satu iaitu mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Wednesday 3 June 2009

Bagaimana memulakan didikan di rumah atau 'homeschool'- Bahagian 1

NIAT ATAU TUJUAN.


Didikkan di rumah sebenarnya bermula di hari pertama kita di ijabkabulkan. Kecuali sekiranya pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau tidak memperolehi anak di sebabkan situasi yang tidak dapat di elakkan.

Bagaimana didikan dapat bermula sedari hari pertaman berkahwin?

Sudah tentu perancangan merupakan asas kepada didikan yang akan kita berikan kepada anak kita. Mengimbas kembali kehidupan kanak-kanak kita sendiri adalah antara perancangan awal yang perlu di ambil kira. Sekiranya kita memandang ke belakang, kemungkinan kita akan berkata bahawa zaman telah berubah. Tetapi, dari mana datangnya kejayaan kita hari ini? Setiap insan memiliki kejayaan yang tersendiri. Jika di fikirkan, tentulah kejayaan kita hari ini bermula dari didkan ibu dan bapa kita yang kita katakan kolot atau ketinggalan zaman. Tetapi benarkah ibu atau bapa kita yang kita katakan kolot atau ketinggalan zaman itu adalah tidak berjaya atau tidak sesuai di guna pakai kerana zaman berubah? Di sinilah kita harus menepuk dada dan bertanya diri kita sendiri.

Jika dilihat dari sudut pencapaian dan kecerdikan di zaman sekarang, kemungkinan kita berkata bahawa kita telah maju kehadapan dari zaman sebelumnya. Seseorang yang berumur di lingkungan 50an dan 60an yang berjaya, pastinya adalah hasik didikan ibubapa yang jika masih hidup kini berumur antara 80an and kemungkinan 90an. Jika kita lihat dari segi moral dan masaalah social, kehidupan mereka yang berumur 50an dan 60an, lebih tertib dari segi adab dan tata susila dari kehidupan mereka-mereka yang berumur 20an di masa kini. Di mana mereka yang berumur 20an di masa kini adalah hasil anak-anak mereka yang berumur 40an, 50an dan 60an. Emmm....

Seolah-olah, semakin pandainya ibubapa, semakin terbuka minda ibubapa dengan pelbagai teori yang berjaya melihirkan anak-anak yang bijaksana, memiliki ijazah dan sebagainya, tetapi di masa yang sama telah juga meninggikan masaalah social seperti dadah, pergaulan bebas dan juga masaalah terkini di malaysia yang semakin meruncing iaitu kehamilan anak luar nikah bagi anak remaja kita.

Ini membuatkan saya tertanya-tanya, adakah semakin banyak ilmu kita terutama dari segi teori kebaratan telah membuatkan kita berjaya melahirkan anak idaman atau anak yang bijak dan pandai tetapi telah rosak akidahnya?

Sekolah semakin maju dari pelbagai segi. Teori pendidikan semakin meluas di pelajari. Kesedaran ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak sangat mengkagumkan. hampir kesemua ibubapa yang berkemampuan atau tidak berusaha untuk mendapatkan setiap buku, tuition atau apa sahaja yang membantu pelajaran anak- anak. Tetapi, masaalah social semakin meruncing. Maka persoalannya, pandaikah kita sebagai ibubapa yang kononnya moden dan berilmu?

Sekiranya kita merenung kembali, kita telah mendengar banyak kisah-kisah ibu mithali yang berjaya mendidikan anak-anak seramai 8/9 atau 10 orang yang berjaya kehidupannya. Dan ibubapa ini kebiasaannya datang dari pendidkan yang rendah di zaman 30an dan 40an. Ada yang buta huruf, ada yang tidak pandai berbahasa Inggeris, apatah lagi teori-teori moden masa kini.

Tetapi mereka ini jika di dilihat dan di selami kehidupannya, adalah sangat disiplin, tidak memberi ruang kepada anak-anak untuk 'naik kepala' atau memberi habuan yang banyak atas pencapaian yang kecil. Maka renungkan kehidupan kita dahulu. Adakah kita sanggup memberikan kehidupan susah payah kita terhadap anak-anak kita di masa kini?

Adakah kita mendidik dan merebut peluang yang ada untuk anak-anak kita kerana kita inginkan mereka berjaya di dalam kehidupan mereka di msa akan datang dan dapat 'survive' di dalam kehidupan yang makin mencabar, atau adakah kerana kita Ibubapa tidak mahu ketinggalan dan mengikut trend semasa.

Kesemua soalan ini harus kita tanya diri kita seawal perkahwinan kita, sebaiknya sebelum kita melahirkan anak. Apa yang kita inginkan daripada anak-anak kita? Kejayaan dari segi berpendidikan tinggi? Kejayaan dari segi harta benda yang banyak dan kehidupan yang mewah? atau kita inginkan anak yang sentiasa mendoakan ibubapa di setiap masa dan keadaan dan sentiasa mengigatkan Allah s.w.t. dan juga tahu bahawa dunia ini hanyalah sandiwara dan berusaha untuk mengumpul harta yang lebih berharga untuk di bawa di hari pengadilan kelak untuk kehidupan yang lebih hakiki di akhirat.

Sebelum memulakan 'homeschool', maka cubalah kita tanya akan diri kita sendiri apakah maksud sebenar di sebalik tujuan kita ingin mengikat anak-anak kita bersama kita 24jam sehari, 7 hari seminggu, melalui detik-detik yang getir, melawan nafsu dan menahan kesabaran dalam mendidik dan mengajar. Kerana sekiranya kita mengambil keputusan mengajar anak-anak di rumah secara formal dan tidak menghantar langsung ke sekolah, maka sekiranya keputusan kita adalah kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t., maka walaupun kita tidak berilmu, Allah s.w.t., Insya Allah akan mempermudahkan jalan kita.

Kerana mendidik dan mengajar anak di rumah di mana mereka berada bersama kita selama 24jam sehari, 7 hari seminggu, bak kata setiap detik dan ketika, mahu atau tidak, boleh mengigit urat saraf di suatu ketika. Walaubagaimana kita 'enjoy' dapat bersama anak-anak, tetapi anak-anak kecil tidak akan terus kecil. Di masa kecil mereka mendengar, apabila semakin membesar, mereka juga belajar untuk punya hati, perasaan dan pemikiran tersendiri. Di ketika inilah pentingnya untuk kita sentiasa memperbaiki niat dan tujuan kita. Kerana di ketika genting, tidak kiralah setinggi mana ilmu kita, sebanyak mana teori yang kita ada tentang pendidikan, tetapi berhadapan dengan suasana sebenar tidaklah semudah yang di baca atau yang di dengar dari conference atau seminar-seminar.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP